SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID 19


    Tarikh tutup bantuan khas ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan

    Semakan data ini adalah bagi permohonan lengkap yang diterima NADMA sebelum atau pada 7 Ogos 2020. Bagi status permohonan “Permohonan masih sedang diproses”, semakan seterusnya boleh dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh borang lengkap yang diterima NADMA

    Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pemohon yang layak dan lengkap yang menggunakan bank-bank tempatan kecuali ASB dan Tabung Haji

    Bagi permohonan yang tidak lengkap, NADMA akan meminta dokumen yang diperlukan melalui talian whatsapp 016-2353954 (talian hanyalah untuk penghantaran dokumen sahaja dan tidak boleh dihubungi).

Syarat-Syarat Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Tarikh perintah bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.

Pemohon Yang Tidak Layak:
  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
  4. Dikenakan perintah kuarantin/menjalani rawatan selepas 31 Disember 2020.


MASUKKAN NO. KAD PENGENALAN ANDA