SISTEM PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19

Syarat-Syarat Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak:
  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


    Semakan data ini adalah bagi borang permohonan yang lengkap yang diproses NADMA bagi permohonan yang diterima sebelum atau pada 25 Mei 2020.

    Bagi data yang tiada dalam pangkalan data/sedang diproses, semakan seterusnya boleh dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh borang lengkap yang diterima NADMA.

    SEMAKAN DI SISTEM BOLEH DILAKUKAN DI SISTEM SEMAKAN BKCOVID